Saturday, February 20, 2010

Bila Perasaan Dah Tak Boleh Bendung

Aku x tahu apa yang aku cari...
aku tak tahu apa yang aku ingin minta...
Tapi...
apa yang aku inginkan sebenarnya hanyalah Kepercayaan,
Kejujuran,
Keikhlasan,
Dalam menerima diri ini seadanya.

Aku x tegar ingin bermusuh dengan orang yang aku sudah lama kenal hati budinya,
kami seakan adik- beradik yang bukan sedarah dan sedaging,
Masa yang membuatkan kami mengenali hati budi masing2
dan percayalah,
Mereka tetap sahabat aku dunia dan akhirat...tidak akan ada sesiapa yang boleh menandingi mereka sebagai sahabatku,
dan tidak akan ada sesiapa yang dapat memisahkan kami kecuali sudah sampai seru kami menemui-Nya.

Tapi sikapku adakalanya seakan kebudak-budakkan,
yang mungkin belum matang dalam mengenali dunia,
Tapi aku patut bersyukur kerana ALLAH telah menemukan aku dengan mereka...
Ketidakhadiran mereka mungkin tidak akan jadikan aku seperti ini.
Kasih Sayang aku kepada mereka...sahabatku...tak mungkin akan hilang...
Ia seperti kasih sayangku kepada-Nya dan keluargaku...

Ingatlah kau wahai sahabat...
walau macam mana sedih pun diriku ini,
Aku bersyukur apabila bertemu denganmu...
Mengenali dirimu,
Bergurau senda denganmu,
Bersedihan denganmu, 
Berkongsi suka dukaku denganmu...
Kenangan yang tak mungkin akan kulupakan sehinggalah keakhir hayat ku...


No comments: