Wednesday, December 30, 2009

BAB SATU(1)...SUNYI TANPA DIRIMU...

Kenapa kau selalu cari masalah dengan kami? Hei perempuan! Aku tahulah kau tu anak kesayangan cikgu-cikgu dekat sekolah ni. Tak perlulah semua yang kitorang buat kau nak report dekat cikgu. Dasar perempuan tak sedar diri. Nah..ambik kau!!!” Air sirap disimbah kepadanya tanpa sempat dia mengelak. Mereka hanya ketawa melihat dirinya dan terus berlalu pergi.

Kaoru ke tandas perempuan untuk membersihkan diri. Dia cuba menghendap takut-takut ada orang melihat keadaan dirinya yang basah dek disiram air sirap tadi. Dalam pada Kaoru ingin berhati-hati itulah dia terlanggar seseorang lalu meminta maaf.

“Kaoru, kenapa ni?”Tanya orang itu. Kaoru menoleh dan melihat Tsubumi bersama rakan-rakannya yang dia kenal. Mereka adalah ketua pelajar serta ahli jawatankuasa untuk sekolah ini. Sebelah kiri Tsubumi ialah Ketua Pelajar Sekolah Seishun, Takato Irada manakala sebelah kanannya, setiausaha merangkap teman lelaki Tsubumi, Sanosuke Ichiba.

“Akak...tak ada papelah kak. Biasa je ni. Tadi air tertumpah dekat baju saya. Ni nak pergi tandas nak bersihkan. Saya pergi dulu,”Kaoru berundur diri dengan sopan tanpa menceritakan perkara sebenar. Belum sempat Kaoru ingin melangkah jauh, tangannya digenggam. Kaoru menoleh kebelakang.

“You’re not being honest with me, Kaoru.”ujar Tsubumi dengan pandangan yang tajam. Kaoru tahu, Tsubumi memang mahir dalam bab kesan-mengesan ni tapi dia tak mahu memperbesarkan cerita kecil ini.

“It’s not a problem at all, Tsubumi. It’s just water not acid,” Kaoru cuba menenangkan dirinya. Tapi dia juga tahu, tak semudah itu dia boleh menipu diri Tsubumi. Tangannya ditarik oleh Tsubumi sampai ke tandas.

Tsubumi mengambil sapu tangannya lalu dibasahkan. Dia mengelap air sirap yang disimbahkan kepada Kaoru dengan cermat. Kaoru betul-betul terharu dengan sikap ambil beratnya. Dia tak pernah mempunyai kawan disekolah ini, jadi Kaoru mengambil keputusan untuk jadi salah seorang dari jawatankuasa pelajar.

“Saya tahu ni bukan tertumpah tapi macam ada yang tak kena. It’s there something wrong that you don’t want to tell me espacially in front of them,”tanya Tsubumi sambil memandang anak mata Kaoru. Kaoru jadi tidak tentu arah. Selama ini, perkara-perkara yang berlaku disekolah ini dan perkara-perkara yang terjadi padanya adalah, Kaoru selalu menceritakan masalah-masalah pelajar sekolah kepada Tsubumi dan apa yang terjadi kepada dirinya juga ,semua diceritakan. Yang membuat aduan bukannya Kaoru tetapi mereka.

“Benda ni kecik je kak. Tak payah nak diperbesar-besarkan. Biarlah benda ni berlalu macam tu je,” ujar Kaoru tanpa memandangnya. Kaoru terdengar keluhan yang keluar dari mulut Tsubumi. Dia tahu, Tsubumi tak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. “Harap akak paham. Saya tak mahu perkara ini diperbesar-besarkan. Boleh ya, kak? Kali ini saja saya minta dari akak.”

Tsubumi memandang Kaoru, inginkan kepastian. Kaoru hanya mengangguk saja tanda mengiakannya. Selesai saja baju itu dilap, dia membelek-belek dirinya dihadapan cermin yang tersedia ditandas. “Kaoru...” Kaoru memandang Tsubumi dengan wajah tanda tanya. “Jangan pendam benda ni sorang-sorang, ok? Kalau ada masalah, akak sedia mendengarnya.” Kaoru hanya mengangguk tanda dia mengerti maksudnya.

Sebaik sahaja Kaoru keluar dari tandas, tiba-tiba pandangannya jadi gelap. Kaoru terus meraba-raba benda yang telah menutupi pandangannya. Kaoru tergamam. Yang menutupi pandangannya tadi adalah sehelai baju dan baju itu bukan baju sebarangan. Itu ialah baju milik ahli-ahli tertinggi jawatankuasa sahaja yang ada baju itu. Kaoru hanya orang bawahan jadi dia tak layak memiliki baju itu.

Kaoru melihat siapakah gerangan orang yang memberi baju itu kepadanya. Alangkah terkejutnya Kaoru kerana baju itu milik Takato Irada, Ketua Pelajar. Kaoru menjadi segan dengan dirinya. “Saronglah. Takkan kamu nak balik dalam keadaan baju kamu yang basah tu dan masih nampak kesan-kesan air sirap tu,”ujarnya. Dia berlalu meninggalkan Kaoru yang dalam terpinga-pinga.

“Abang Takato, terima kasih. Nanti saya bagi balik baju ni dekat abang. Saya basuh dulu sebelum bagi balik,”ujarnya tergagap-gagap. Jarang sekali Kaoru bercakap dengannya. Dia hanya bertanya perihal kerja saja dan tak pernah lebih dari itu.

“Tak payahlah awak nak bagi balik. Saya ada lagi satu baju tu. Tsubumi, Sanosuke, jom pergi,” Takato bercakap tanpa memandang Kaoru. Tsubumi dan Sanosuke tersenyum kepadanya lalu pergi mengikuti langkah Takato. Kaoru hanya tunduk tanda hormat pada mereka.

“Sejak bila you ada baju lagi satu, Taka?” tanya Tsubumi sambil tersenyum geli hati. Dia tahu, ketuanya itu ada hati dengan Kaoru sejak Kaoru mula-mula menjadi ahli jawatankuasa pelajar 3 tahun yang lalu. Sekarang ni mereka berada di tahun terakhir dan lepas ni mereka akan membuat haluan sendiri. Dan baginya, Takato akan jarang berjumpa dengan Kaoru lepas ni memandangkan Kaoru hanya tinggal setahun saja lagi untuk menamatkan alam persekolahan.

“Nanti I buatlah yang baru. Bukan susah pun nak buat yang baru,”ujar Takato tanpa memandang kedua-dua sahabatnya. Dalam hatinya tadi, begitu sedih bila melihat Kaoru dalam keadaannya sebegitu. Terasa ingin didakap tubuh kecil itu tapi apakan daya, dia betul-betul tidak boleh memperlakukan Kaoru sebegitu. Sebagai Ketua Pelajar, dia kena menjaga maruah dirinya agar tidak dipandang rendah oleh orang lain.

“Kesian I tengok si Kaoru tu. Sampai bila dia nak jadi macam ni. I tahu, itu mesti kena buli lagi tu. Kalau tak, takkan jadi macam ni. Dia tak ada cerita apa-apa ke dekat you, Tsubumi?” Tanya Sanosuke pula setelah lama mendiaman diri.

Tsubumi hanya menggeleng. “Tadi, I ada tanya tapi dia just jawab yang dia tak mahu nak memperbesarkan cerita ni. Tapi I ada cakap, kalau ada masalah, dia boleh datang cerita dekat I. Nak harapkan ketua kita ni...alamatnya sampai ketualah kita tak tahu pape benda,”gurau Tsubumi pada ketuanya. Takato membuat muka masam bila dirinya dikatakan sebegitu. Sanosuke dan Tsubumi hanya tergelak melihat Takato. Orang lain tidak akan nampak personaliti sebenar Takato melainkan mereka berdua. Dalam sekolah Takato terkenal dengan wajah yang sentiasa serius dan jarang mempamerkan senyuman.

Tapi wajah yang serius itulah yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar perempuan sekolah itu. Bukan sahaja disekolah mereka bahkan semua sekolah mengenali dirinya. Takato sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti sekolah membuatkan dia semakin popular dan semakin menarik perhatian ramai. Tapi semua orang tak tahu, sikap Takato sebenarnya agak manja dan mudah tersentuh.

“You bila nak bagi tahu Kaoru perasaan you dekat dia. Jangan ingat kami tak tahu. We know you better than anyone else. Kita dah tahun terakhir dan akan tamat hujung tahun ni. Takkan you nak pendam perasaan you tu,”ujar Tsubumi sambil memandang Takato. Ketika itu mereka berada digerai makan untuk menjamu makan tengah hari.

Hampir tersembur air yang diteguk oleh Takato bila mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Tsubumi. Dia memandang sahabatnya, kemudian dia tunduk menghadap airnya. “Bukan I tak nak bagi tahu tapi I takut I hanya bertepuk sebelah tangan. I tengok dia macam tak suka dekat I, takut adalah. Korang tahukan muka I macam mana dekat sekolah tu. Serius je. In fact, I don’t want her to get confuse with it. May be she just treat me as a leader not more than that,”ujar Takato sambil mengeluh. Dia takut yang Kaoru tidak mahu layan dirinya lagi setelah dia meluahkan perasaanya dan Kaoru akan mula menjauhkan dirinya.

“Tapi lambat laun dia mesti tahu juga. You kena tabahkan hati you. Jangan lembik macam sotong je. Kalau you tak mahu bagi tahu, I dengan Tsubumi akan bagi tahu dekat dia bagi pihak you, macam mana? Setuju tak?” cadang Sanosuke dan kemudian disokong oleh Tsubumi.

“Tak payah. Nanti dia ingat I ni tak gentleman. Buat masa ni, biarlah dulu. I nak dapatkan kekuatan dulu sebelum I luahkan perasaan I padanya,” kata Takato sambil matanya menghadap ke arah jalan raya. Sanosuke dan Tsubumi hanya diam tanpa berkata sepatah pun mengenai keputusan Takato. Mereka berharap Takato tak terlambat untuk mengakui kebenaran yang selama ini dipendam.

(NANTIKAN SAMBUNGAN NYE)